Tolak dap. In shaa Allah.

(Tulisan Rakyat biasa)

Yang bawa cina ke sini orang putih. Yang bawa India ke mari British. Yang Benggali ikut datang orang putih. Bila orang putih balik dia suruh India Cina Benggali dok sini. Dia suruh Melayu buat macam adik beradik. Itu syarat beri merdeka.

Melayu terima semua. Melayu beri kerakyatan, Raja Melayu tanda tangan. Cina nak buat sekolah. Buatlah. India nak buat kuil besar mana pun buatlah. Cina tebang balak sampai botak hutan tebanglah. Cina korek lombong sampai tinggal pasir koreklah. Pasir yang tinggal cina nak jual, juallah. Tanah bekas lombong, cina nak ambil 999 tahun ambillah. India buat kumpulan gengster pun tak ada halangan.

Wakil rakyat India kata Melayu Celaka. Melayu merayu. Wakil rakyat cina kata Melayu pendatang – melayu senyum. Ahli Majlis Perbandaran buang tulisan jawi ganti tulisan cina. Melayu tak kisah.

Hari ini Melayu nak azan subuh, cina India bantah, Melayu tutup pembesar suara tak mau jiran terganggu. India kata khatankan anak perempuan jenayah, kelam kabut Menteri Melayu nak tanya doktor. Cina kata sekolah tahfiz perkauman , dengan pantas Menteri Melayu suruh tutup sekolah tahfiz. Hati bukan Melayu Islam wajib dijaga.

Mereka buat semua itu sambil tuduh Melayu rasis. Melayu pelampau. Hebat melayu melayan yang dulunya tetamu kini tuan rumah bersama. Esok mungkin tidak berumah lagi…

SEBENARNYA KITA BUKAN BERTOLAK ANSUR TAPI DITOLAK BERANSUR-ANSUR…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s