Hapuskan sekolah vernakular. – Lebih baik bodoh tapi hati baik. Daripada pandai tapi hati jahat. In Shaa Allah

https://hapuskansekolahvernakular.wordpress.com/

Advertisement

Doa.

179- Jangan sampai doa permintaanmu kepada Allah itu engkau jadikan sebagai alat/sebab untuk mencapai pemberian Allah, nescaya akan kurang pengertianmu/makrifatmu kepada Allah, tetapi hendaknya doa permintaanmu itu semata-mata untuk menunjukkan kerendahan kehambaanmu dan menunaikan kewajibanmu terhadap kemuliaan kebesaran dan kekayaan Tuhanmu.

Berdoa itu hanya untuk menghiasi lahirmu dengan doa dan sebahagian daripada khidmatmu kepada Allah, dan berdoa semata-mata kerana menurut perintah Allah, dan untuk mengzahirkan kehajatan, keperluan dan kemiskinanmu dihadapan Allah.

Janganlah yg menjadi tujuan dari doamu itu tercapainya hajat keperluanmu, maka yg demikian bererti terhijab engkau daripada Allah.

Tujuan doa untuk bermunajat dan berbisik-bisik kepada Allah yg memeliharamu, menciptakan dirimu. Dan bala bencana yg memaksakan engkau berdoa kepada Allah itu lebih baik daripada menerima nikmat kesenangan yg melupakan engkau kepada Allah dan menjauhkan daripadaNya.

Ketika engkau dalam merasai kehambaanmu maka berdoa itu adalah lebih utama, dan ketika engkau dalam merasai KetuhananNya, maka tiada lagi doa permohonan, hanya penyerahan diri, dan ridha kepada DzatNya.

_AL HIKAM

﷽۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ﷺ

Penduduk Pekan sukar terima hakikat nasib malang Najib | Terkejut dan sukar untuk percaya. Itu luahan penduduk Pekan apabila ahli parlimennya Najib Razak dihukum penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekal… | By The Malaysian Insight | Facebook

Emas.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ

*SANTUNI WARGA EMAS*

1. Jangan ditegur kalau orang lanjut usia, bertanya berulangkali. Biarkanlah kalau dia sentiasa mengulang cerita yang sama.

2. Semalam dia sudah beritahu, hari ini dia bercakap lagi. Petang cerita benda yang sama yang dicerita sebelah pagi.

3. Wahai anak muda! Perkara ini akan kita lalui juga kemudian hari. Jangan angkuh dengan ingatan yang kuat. Itu adalah anugerah Allah yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

4. Layanlah sebaik mungkin, kalau jemu mendengar, angguklah sahaja, tidak usah bercakap kalau malas membuka mulut.

5. Mungkin satu hari nanti kita masih mahu mendengar cerita berulang tetapi dia telah tiada. Santunilah warga emas di sekeliling kita.

Johor.

EMPAYAR JOHOR – RIAU KEMBALI BERSATU

Selepas kemangkatan Sultan Husin, puteranya Tengku Ali telah sedaya upaya cuba untuk menjadi Sultan bagi wilayah Singapura dan Johor namun tiada yang menghiraukannya. Para pembesar kerajaan Kesultanan Johor Lama semuanya taat setia kepada Sultan Mahmud Muzaffar Syah ( 1841-1857 ) yang bersemayam di Riau. Pengganti kepada Temenggung Abdul Rahman iaitu Temenggung Ibrahim juga terpaksa mengakui ketuanan Lingga untuk mengesahkan kedudukannya sebagai Temenggung.

Bendahara Tun Ali dengan tegas tidak mahu mengiktiraf kedudukan Daeng Ibrahim sebagai Temenggung Johor selagi mana Daeng Ibrahim tidak mahu mengakui ketuanan Lingga. Oleh itu, mahu tidak mahu akhirnya pada tahun 1841, Temenggung Ibrahim terpaksa akur dengan kemahuan Bendahara itu. Walaupun telah menumpahkan setianya kepada Sultan Johor yang bersemayam di Lingga itu namun hakikat sebenar Temenggung Daeng Ibrahim merupakan anak emas kepada British.

Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan perasaan gelisah kepada Tengku Ali yang sejak sekian lama menanti untuk diiktiraf sebagai Sultan bagi wilayah Johor. Walaupun telah berkali-kali menghantar surat kepada British untuk mengiktirafnya sebagai Sultan namun British selalu menolak permintaan beliau itu. Lagipun British langsung tidak mempunyai kepentingan untuk melantiknya sebagai Sultan Johor kerana British sudah mendapat Singapura melalui perjanjian dengan Sultan Husin dan Temenggung Abdul Rahman.

Tengku Ali pula terpaksa mengharapkan British untuk menjadi Sultan kerana semua pembesar termasuk Temenggung yang akrab dengan British itu mengakui ketuanan Lingga. Perlantikan ayahnya iaitu Sultan Husin sebelum ini pun hanya semata-mata dilakukan oleh British tanpa sokongan daripada mana-mana pembesar Johor.

“ Setelah sampailah ( Tengku Husin), maka didudukkan oleh Tuan Raffles akan dia di tengah-tengah. Maka berdirilah Tuan Raffles sebelah kanan dan Tuan Farquhar berdiri di sebelah kiri. Maka segala orang-orang putih pun masing-masing membuka cepiaunya sambil berdiri memeluk tubuh serta memberi hormat kepada Yang Dipertuan”.
– Hikayat Abdullah

Perlantikan Sultan Husin jelas bertentangan dengan adat Melayu kerana dilakukan oleh orang Putih bukannya Bendahara sebagaimana biasa. Sultan Husin pernah mengakui bahawa baginda sebenarnya terpaksa menjadi Sultan Johor kerana telah dipaksa dan diugut oleh British.

Disini kita boleh melihat permainan licik yang dilakukan oleh British. Mereka mengambil Singapura tanpa menumpahkan walaupun setitik darah. Selepas beberapa lama, mereka tahan pula elaun Sultan Husin selama 3 bulan sehingga menyebabkan Sultan Husin tidak mempunyai belanja, atas alasan British tiada duit. Kemudian mereka sorongkan pula perjanjian penyerahan Singapura kepada Sultan Husin untuk ditandatangani dan pada waktu itu tiba-tiba British mempunyai banyak duit pula untuk membayar ganti rugi kepada Sultan dan Temenggung.

Berbalik kepada isu pokok, selepas lama menunggu akhirnya Tengku Ali ibn Sultan Husin merasa kecewa dengan British. Maka pada bulan April 1952, beliau telah mengadap ke Lingga untuk menyerahkan kembali “wilayah Johor” kepada Sultan walaupun hakikatnya Johor itu memang Sultan yang punya. Sultan Mahmud Muzaffar Syah sangat gembira dengan tindakan yang dilakukan oleh Tengku Ali itu kerana ini bermakna Kesultanan Johor Lama sudah bersatu kembali tanpa ada tuntutan daripada mana-mana pihak lagi.

Walaupun begitu, ada satu pihak yang merasa sangat gusar dengan tindakan Tengku Ali itu iaitu British. Selepas mendapat tahu Tengku Ali pergi ke Lingga untuk menyerahkan Johor, Gabenor Blundell telah memanggil Tengku Ali ke Singapura jika tidak mahu gajinya ditahan. Tengku Ali akhirnya pulang ke Singapura.

Selepas mengetahui penyerahan Johor itu, Bendahara Tun Ali telah bertindak mengisytiharkan autonomi Pahang sebagai isyarat kepada Sultan bahawa Pahang tidak sama dengan Johor. Johor ialah kawasan pegangan manakala Pahang ialah kawasan kurnia Sultan secara zaman berzaman.

Semasa di Singapura, Sultan Mahmud Muzaffar selalu berulang alik dari Lingga untuk berjumpa dengan Tengku Ali. Ini telah menyebabkan British dan Belanda curiga dan bimbang jika-jika mereka berdua merancang untuk menyatukan Kesultanan Johor dalam erti kata yang sebenar dan seterusnya menghalau Belanda dan British dari Johor.

Walaubagaimanapun, perjanjian penyerahan oleh Tengku Ali ini tidak bertahan lama – hanya bertahan sekitar 3 tahun sahaja. Ini kerana pada 10 Mac 1855, Tengku Ali telah menandatangani perjanjian untuk menyerahkan “Johor” kecuali daerah Kesang kepada Temenggung Ibrahim. Selain itu, Tengku Ali juga mahu British mengiktiraf dirinya dan keturunannya untuk memakai gelaran Sultan.

Sejak itu baginda hanya memerintah di wilayah Kesang sahaja sehingga digelar sebagai Raja Kesang. Di sepanjang pemerintahan baginda di Kesang yang mempunyai sekitar 800 orang penduduk itu, hubungan baginda dengan Johor sentiasa dalam keadaan dingin sehinggalah berlakunya Perang Jementah 1879 yang menyaksikan Kesang diletakkan di bawah pentadbiran Johor. Perang ini juga telah menyaksikan tamatnya “Kesultanan Muar”.