Desak.

*PEMUDA UMNO DESAK P. WAYTHA MOORTHY LETAK JAWATAN SELAKU MENTERI PERPADUAN*

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mendesak dan menggesa agar P. Waytha Moorthy meletakkan dan melepaskan jawatan beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

2. Kelmarin tular video lama beliau selaku pemimpin utama pertubuhan radikal Hindraf memburuk-burukkan negara kepada Negara Luar dengan menyebarkan kenyataan palsu berupa fitnah, menggambarkan seolah-olah Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik dan melakukan penindasan teruk kepada kaum-kaum dan penganut agama lain, antaranya merobohkan kuil-kuil hindu dan menafikan hak asasi kaum lain di Malaysia.

3. Sehingga kini beliau tidak pernah menarik balik kenyataan dan tohmahan jahat yang dilakukan beliau sebagaimana yang ditularkan melalui video berdurasi 2 minit 39 saat itu.

4. Lebih mendukacitakan apabila sejak menjadi Menteri yang sepatutnya mempromosi perpaduan kaum dan pelbagai agama, beliau lebih cenderung untuk membangkitkan isu-isu yang mampu mencetus gelodak kemarahan rakyat dan membangkitkan api permusuhan di antara kaum.

5. Terbaru inisiatif dan kesungguhan beliau untuk mengheret negara untuk meratifikasi dan mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya menzahirkan kesombongan dan keangkuhan beliau sungguhpun Kerajaan sedar bahawa majoriti rakyat melihatnya sebagai suatu yang mencabar hak keistimewaan Melayu dan Bumiputeta serta kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan yang sememangnya isu yang amat sensitif.

6. Justeru Pemuda UMNO mendesak P. Waytha Moorty untuk melepaskan dan meletakkan jawatan selaku Menteri secara terhormat dan bermaruah atas kegagalan menguruskan isu-isu perkauman, keagamaan dan perpaduan dengan bijak. Malah imej radikal beliau ketika memimpin Hindraf hanya akan mengundang krisis keyakinan rakyat akan masa depan keharmonian negara berbilang agama dan kaum di negara ini.

7. Pemuda juga menggesa P. Waytha Moorthy juga agar menarik balik segala kenyataan fitnah dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas pengkhianatan beliau memburuk-burukkan negara di mata Negara-negara luar.

*Dr Asyraf Wajdi Dusuki*
_Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia_
_18.11.18_

Klik Link Di Bawah
👇👇👇👇👇👇👇👇

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s